Sunday 23 July 2017

SEMAK PENGENDALI UMRAH TIDAK DI IKTIRAF


PANDUAN SEMAK SYARIKAT PENGENDALI UMRAH TIDAK DI IKTIRAF



Hasrat murni jemaah untuk menunaikan ibadah umrah dapat ditunaikan sekiranya jemaah mengambil langkah-langkah berikut:

  1. Memilih pengelola umrah yang diluluskan oleh Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) seperti di senarai.
  2. Membuat kajian perbandingan harga pakej-pakej yang ditawarkan. Kebiasaannya harga berubah mengikut musim dan jenis pakej yang dipilih.
  3. Menyelidik latar belakang agensi; lesen dan permit untuk ‘outbound’ yang sah, pengalaman agensi mengelolakan umrah dan urusan visa yang dikendalikan oleh agensi. Sama ada agensi menguruskan sendiri atau menggunakan khidmat orang tengah seperti di sini
  4. Mengambil tahu syarikat penerbangan, jenis perjalanan sama ada terus ke Jeddah atau ke Madinah atau jemaah perlu transit dan bermalam di negara lain.
  5. Mengambil tahu tentang hotel penginapan yang disediakan oleh agensi.
  6. Bagaimanakah bayaran dibuat. Sama ada kepada akaun syarikat atau kepada akaun persendirian pengurus agensi atau kepada akaun agen-agen yang dilantik oleh agensi. Pastikan jemaah menyimpan resit pembayaran dan dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh agensi.
  7. Adakah terdapat bayaran-bayaran tambahan.
  8. Adakah agensi mengenakan syarat-syarat tambahan lain yang tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
  9. Adakah agensi mengadakan kelas bimbingan umrah.
  10. Setelah berpuas hati dengan maklumat-maklumat seperti di atas barulah jemaah boleh membuat pemilihan agensi pengelola umrah.

Sumber daripada Portal Maklumat Agensi Pengelola Umrah (i-umrah) JAWHAR




Syarikat Easy Fly Travel Sdn. Bhd adalah salah satu syarikat pengendali pakej-pakej umrah dan Haji yang telah diluluskan oleh MKSU juga mempunyai lesen dan permit 'Outbound' yang sah. 

Untuk Pakej Umrah Disember 2017, penerbangan yang disediakan adalah dari syarikat Saudi Airlines terus ke Jeddah tanpa transit ke mana-mana negara. Ini adalah 1 keistimewaan kepada bakal jemaah dimana kebanyakan syarikat pengendali umrah akan memilih syarikat penerbangan Air Asia. Hotel dan penginapan yang disediakan juga adalah dengan jarak hanya 70m ke 500m bergantung kepada pakej. 

Tiada sebarang bayaran tambahan yang akan dikenakan memandangkan segalanya sudah disediakan All in One di dalam pakej hanya dengan 1 bayaran. Kelengkapan lain yang disediakan termasuk beg luggage, kain telekung & Ihram, stokin tawaf bagi wanita dan set penjagaan kulit eksklusif bagi setiap jemaah.

Kelas bimbingan umrah juga turut disediakan supaya setiap jemaah dapat mempersiapkan diri sepenuhnya sebelum menunaikan ibadah umrah.

Untuk pakej dan rebate sila hubungi 019-9550076